Malaysia

15 Pengawal Keselamatan JPM Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM

BeritaTuntas.com. Malaysia.- Seramai 15 Pengawal Keselamatan JPM Dibebaskan, Mereka yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini

15 Pengawal Keselamatan JPM Dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masing-masing dengan seorang penjamin.

Majistret Nadhirah Abdul Rahim membenarkan semua individu terbabit dibebaskan hari ini di Mahkamah Majistret di sini.

Pada masa sama, dua lagi sudah dibebaskan awal iaitu pada Jumaat lalu dengan jaminan SPRM membabitkan seorang pegawai keselamatan Gred KP52 dan seorang lagi Gred KP11.

Terdahulu, 15 pengawal keselamatan terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9.05 pagi dengan menaiki bas serta diiringi pegawai SPRM dan mereka dilihat berpakaian biasa.

Pada 8 Ogos lalu, seramai 17 pengawal keselamatan di JPM direman lima hari bermula Rabu lalu hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta.

Difahamkan, mereka ditahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana PRU-14.Seperti yang Dikutip dari Kosmo Online

Sumber SPRM dipetik berkata, semua mereka ditahan antara 2.45 hingga 3.15 petang, pada 7 Ogos lalu selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

Mereka yang ditahan termasuk seorang pegawai keselamatan Gred KP52 berusia 51 tahun dan 16 pengawal keselamatan masing-masing Gred KP11 hingga 38 berusia antara 31 hingga 51 tahun.

Selain itu, sumber dilaporkan berkata, semua mereka bertugas di Kompleks B, JPM.

SPRM turut merampas wang tunai RM840,700 dan sembilan buah motosikal bernilai RM90,000 daripada semua individu terbabit

—–Baca Juga—–

Berita Terkait

Click to comment

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

To Top